Thursday, September 10, 2009

Hello Dunia... Nama Saya Nur Aisya Imani


Assalammualaikum semua...

Pertama sekali Aisya nak ucapkan terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog Aisya ni. Ayah dengan bonda bersungguh-sungguh benar nak suruh Aisya buat blog.. Apa la diorang ni? Aisya bukan reti nak menulis dan membaca lagi pun.. Jauh lagi la kalau nak suruh menaip. Aisya ni baru je umur 2 minggu lebih.. Aisya lahir masa petang 1 Ramadhan tahun 1430 hijrah bersamaan dengan hari Jumaat 21 Ogos 2009 pukul 1.50 tengah hari dengan berat 3.78kg.. Haa.. Waktu orang tengah sembahyang Jumaat tu.. Jadi sementara Aisya masih baby lagi ni, ayah dan bonda yang akan ambil tugas untuk menulis ye.. hihihi..

Tujuan Aisya menulis blog ni pun bukannya sebab apa, ayah cakap, dia nak blog ni jadi tatapan Aisya bila Aisya dah besar nanti (kira macam journal / dairy Aisya la).. Satu lagi sebab wujudnya blog Aisya ni ialah untuk Tok Wan, Nenda dan Nenek yang jauh duduk kat Klang tu... Kesian kat diorang tau.. Sebab diorang selalu rindu kat Aisya.. Sekurang-kurangnmya, kalau ada blog ni, bila diorang baca, boleh la hilang sikit rindu diorang pada Aisya.. Aisya pun boleh belajar berkomunikasi kan..? hehehe..


Dalam blog ni juga, Aisya akan sertakan gambar-gambar Aisya dari masa ke semasa yang ayah snap dengan kamera besar dia tu. Susah betul nak kena jadi model ayah sendiri ni kan..? Tapi nak buat macam mana, dah ayah Aisya seorang fotografer.. Gambar tangan Aisya pegang jari bonda kat atas tu pun ayah yang snap.. Haihh...

Apa-apa, pun semua nanti rajin-rajin la melawat blog Aisya ni ye. Jadi follower blog Aisya ke, link kan ke blog Aisya ni ke. Ok semua.. Nanti Aisya update lagi.. Bye..!

* Oppss.. Ayah marah.. Kena cakap 'wasalam' la.. hihihi

Yang Benar;
Nur Aisya Imani

6 comments:

Ejoi said...

Aisya, suruh ayah amik foto mugshot untuk Aisya each week. bila sampai first birthday, post semua koleksi mugshot tu kat blog ni.

Nur Aisya Imani said...

Ok Uncle Ejoi.. Nanti Aisya suruh ayah ambik gambar Aisya banyak-banyak..! hihihi

Unknown said...

comelnye Aisha... keep on updating ok...

Nur Aisya Imani said...

thank you auntie love..! :D
nanti Aisya update lagi ye..

Unknown said...

aisya cantik sangat...auntie suke tgk mata aisya..mulat.

aisya..kembung eh..cakap kat bonda suh tuam perut aisya ngan kain suam suam panas..selalu kalau kenkawan aisya yang lain suke nagis...ada 3 sebab jeh.. kembung,lapo ngan nak tido je..ikut pengalaman auntie and kenkawan auntie ler..suh bonda cuba yer..muah

Nur Aisya Imani said...

thank you Auntie.

nanti Aisya nak minta bonda tuamkan perut Aisya.. Hihihi.. best nya.. :D