Monday, August 23, 2010

Kesian Ayah Kita..

Ada satu malam..
Ayah kita menggigil-gigil sejuk.
Lepas tu, dia suwoh bonda hantar pergi hoshpital.
Ambulans pun sampai.
Ayah kita dah tak sedarkan diri dah.
Ada ramai doktor praktikal datang.
Bonda kita panik.
Lepas tu, ...nenonenonenoneno...
Shian dia..

Ayah kita kena tidur hoshpital..

Ayah kita sakit.
Shian dia.

Kita ada datang visit dia.
Tapi,
Kat lobi je.
Baby tak boleh masuk wad.
So, kita main-main dengan dia jela.

Sekarang,
Dia dah keluar hoshpital.
Beransur sihat.
Bila dia sihat nanti, bole main-main lagi. Bole jalan-jalan lagi.
Yayyy...

Ayah cepat sembuh ye.. Amin!



Ayah baru sedar



Dia kena pakai mask, sebab batuk-batuk



Ni macam mana nak baca?





Dah tukar uniform




Ok, itu je.
Lain kali kita tulis lagi.
Babai





xoxo @----
Aisya (By bonda - saksi utama kejadian)









Tuesday, August 10, 2010

30 Syaaban 1431

Sayang,
Happy Birthday.

Mudah-mudahan,
Jadi anak solehah. Terang hati. Dengar kata ayah bonda.

Ingat,
Good girl tamo crancky, tamo nakal ye?




 Kami sayang kamu
Terlalu. 






Tuesday, May 25, 2010

Bila Rindu Datang Kembali




Satu hari nanti
Akan ku khabarkan
Padamu
Apa itu
Rindu,
Apa itu
Sepi.

Sungguh,
Melengkar-lengkar
Menyesak-nyesak
dada,
Tak pernah padam.



~ bOnda ~

Wednesday, May 5, 2010

Tuesday, April 6, 2010

Aisya Outing Lagi... :D

Assalammualaikum semua..

Hari ini Aisya nak cerita, baru-baru ini ayah dan bonda bawak Aisya jalan-jalan ke i-City, Shah Alam. Tempat ni memang best. Banyak lampu-lampu warna-warni dalam bentuk yang pelik-pelik.. Ada bentuk pokok, ada bentuk burung, ada bentuk rusa dan macam-macam la.. Cuma yang tak bestnya Aisya tidur pulak selama di i-City tu.. Huhu.. Nak buat macam mana, Aisya kan baby.. Memang makan-tidur-susu-makan-main-susu-tidur-menangis je la yang Aisya tahu.. hehehe..

Walaupun Aisya tidur tak sedar apa dah selama di i-City tu, bonda tetap peluk Aisya sambil posing-posing sakan depan camera ayah.. Ishh.. Next time Aisya nak ajak ayah dan bonda repeat lagi la pergi tempat ni.. Tapi Aisya kena make sure yang Aisya tak tidur.. Hehe..

Ok lah semua.. Apa-apa pun ini gambar-gambar yang ayah snap hari tu.. (Lebihnya gambar bonda je la yang posing sakan). Ayah cakap dia tak bawak tripod hari tu, kalau tak dapat lah ambil foto satu family terus.. Itu tandanya ayah, bonda dan Aisya kena repeat lagi kat sini.. hehehe..

Ok semua, selamat menikmati gambar-gambar ini.. Wassalam!

Yang benar;
Nur Aisya Imani Binti Mohd Farul Azri
(Ayah yang tolong Aisya taip)

Friday, March 19, 2010

Serangan Fungus Tak Berhati Perut


Assalamualaikum.

Maaflah, bonda aisya sibukla. Itu sebab dia tak selalu dapat update dalam blog ni. Selain sibuk kerja, sampai rumah kena layan aisya pulak. First thing bonda sampai, mestilah aisya nak susu bonda. Aisya kan baby? ;p

Alhamdulillah, aisya sihat dan membesar bagai johan. Berat badan sekarang? 7.9 kg. Cuma, baru-baru ni turun sikit. Sebabnya, aisya sakit. Habis gatal-gatal badan aisya. Doktor kata, aisya kena fungus infection. Jahatnya fungus tu, tak selesa dibuatnya. Aisya tak crancky, tak nangis pun, cuma takde mood je. Bonda kata, aisya diam je selain asyik nak berkepit dengan bonda. Senyum pun tak mau. 


tak suka.. tak suka.. tak suka..!!!


Semua orang dah naik pening. Ruam aisya tak kering-kering jugak. Sampai 4 klinik diangkutnya aisya. Pelbagai version doktor bagi. Tapi rata-ratanya, diorang kata fungus infectionla. Yang kata elergik pun ada. Yang nyata, makin bertambah ruamnya adala. Bonda kata, macam raksasa gerodot. Adeke?

Last sekali, nenda bawak pergi Klinik Pakar Kanak-kanak & Bayi. Doktor Tang bagi krim sapu. Memang ada satu dua yang kering tapi memandangkan bonda dah 'sakit mata' tengok keadaan aisya, dia cuba bagi ni.






Kington from Elken




Bonda bagi 1/4 air isotonik ni untuk aisya minum. Selebihnya, dia sapu pada ruam-ruam yang jahat tu sebelum aisya zzZZZZZzzz. Esoknya, bonda check badan aisya dah tak merah-merah lagi. Mengecut dan mengering ruam-ruam tu semua. Bila mandi, habis tertanggal mana yang kering. Alhamdulillah. Dan aisya dah fully recoved. Totally.

Sekarang, bonda dah senang hati.

Selamat tinggal kulit bermasalah!!

Sesapa ada problem lebih kurang aisya, google sendiri eh (ini bukan iklan). Banyaklah kebaikan lain selain untuk kulit. Sebab, bonda kata, sharing is caring. Mana yang boleh bawak kebaikan, pada orang lain, kita share info sama-sama ok. Yang penting, ada usaha nak cuba.

Lain kali kita jumpa lagi. 

Babai. 


xoxo,
Nur Aisya Imani
(by Bonda [bukan jurucakap mahupun pengedar elken ok])







Sunday, February 21, 2010

Usia Aisya Hari Ini - Enam Bulan





Yaayyy
Hari ini
Aisya dah enam bulan
Alhamdulillah

Bonda janji, bila masuk enam bulan je, bonda nak bagi aisya solid food. Dah tiba aisya makan selain susu bonda dan susu formula. Sebab, selain susu formula, aisya perlukan zat dan vitamin yang ada pada makanan macam semua orang makan. Yaayyyy.. Bonda janji, setiap pagi mesti kena siapkan bubur aisya sebelum dia pergi kerja.

Bestnya!

Dah macam-macam idea dalam kepala bonda untuk rotate menu aisya dalam seminggu. Yang penting, bubur aisya nanti mesti ada sayur. Kan, ayah? Ayah suruh makan sayur banyak, sebab nanti kuat macam popeye. Satu lagi, kalau dah kuat nanti boleh angkat lori (ini tok wan yang bagitau kat ayah masa dia kecik).

Milestone aisya?

Sekarang aiysa dah pandai menyulur. Laju-laju. Ada je benda yang aisya nak pegang lepas tu masuk dalam mulut. Tok wan kata, mesti aisya cepat jalan. Yeke? Nanti kita tengok eh.

Aisya pun dah pandai gugugaga, babbles. Jerit-jerit kuat-kuat pun pandai sampai pening bonda dibuatnya. Aisya dah pandai pegang toys kuat-kuat, paling aisya suka miumiu yang bonda belikan kat ikea. Yang lain-lain toys, aisya dah boring. Pegang sekejap je, lepas tu aisya baling. Sebab, ayah dah janji nak belikan toys baru. Yayyy!!

Sejak aisya dah mula pandai duduk, bonda ingat nak belikan ini. Senang nak suap aisya makan, bonda kata. Tapi, dia kena tanya ayah dulu..



Bumbo Baby Seat



Itu je aisya nak tulis hari ini.
Jumpa lagi.
Babai.


xoxo,
Nur Aisya Imani
(by Bonda)