Sunday, September 20, 2009

Hari Raya Tu Apa...?


Hari ni dah genap 30 hari bonda berpantang dekat rumah nenek kat Meru. Bonda dan ayah dah janji pada Aisya baki lagi sepuluh hari bonda berpantang tu, nak dihabiskan dekat rumah nenda pulak dekat Bayu Perdana. Yay..! Maksudnya lepas ni Aisya dah boleh keluar-keluar tengok dunia luar.. Hihihi... Awal pagi tadi pun ayah dah dukung Aisya bawak pergi tengok reban ayam, kandang kucing, tengok pokok dan ambil angin pagi kat luar.. Bestnya rasa..

Hari ni 1 Syawal 1430 hijrah bersamaan 20 September 2009. Bersamaan dengan tarikh ni, umur Aisya pun dah genap sebulan..

Hari ni Hari Raya..! Ayah dengan bonda cakap, Raya tahun ni best dan penuh bermakna buat diorang sebab katanya Raya tahun ni diorang ada Aisya.. Ish.. Aisya tak faham pun Raya tu apa..? Aisya tengok sama je dengan hari-hari yang lain. Apa yang Aisya tahu, bangun pagi je Aisya nak susu.. Bila dah kenyang, Aisya nak tidur.. Jadi apa bezanya..? Hihi..

Pagi tadi lepas ayah bersiap-siap dengan baju Melayu dia, dengan samping corak bunga tabur dan songkok tinggi dia, ayah bisik kat telinga Aisya.. Katanya; "Hari raya ini sebagai tanda kemenangan umat Islam selepas hampir 25 Rasulullah menegakkan syiar Islam kat Tanah Arab. Simboliknya, bila dah menang baru lah boleh sambut Raya.."


Aisya angguk-angguk je bila ayah bercerita (pura-pura faham, walaupun sebenarnya Aisya tak faham.. hehehe).. Lepas tu bila bonda pun dah bersiap, diorang pergi bersarapan sebelum ke masjid. Bonda tak pergi pun masjid sebab bonda masih dalam tempoh berpantang. Tak habis lagi. Jadi bonda yang tolong siap-siapkan Aisya. Bonda pakaikan Aisya dengan baju cantik. Polka dot.. Hehe.. Aisya rasa happy sangat..!

Selepas Aisya 'beraya' dengan nenek, Mak Eda, Mak Ati, Mak Ju, Mak Sariah dan suami mereka masing-masing, Aisya pun dah bersedia nak balik rumah nenda pulak. Ayah cakap dia nak ajak Aisya naik kereta dia. Dia cakap kereta dia dari jenis 'sports car'.. Aisya tak faham lagi.. Apa yang Aisya tahu bunyi dia vroom vroom je.. hehehe..

Sampai je kat rumah nenda menaiki vroom vroom ayah, Aisya disambut pula oleh nenda, tok wan, Pak Lang, Makcik dan Pakcik serta Mak Usu... Yang takde kat rumah masa tu Pak Ngah je. Pak Ngah kerja.. Dia kena baca berita Buletin Utama kat TV3..

Masa ni Aisya rasa dah letih sungguh. Tapi Aisya gembira.. Rasanya baru sekarang Aisya tahu apa bezanya Hari Raya dengan hari biasa..

Hari biasa = Susu, mandi, kiss, tidur, kiss, susu, tidur..
Hari Raya = Susu, mandi, kiss, duit raya, kiss, tidur, duit raya lagi, kiss lagi, susu, duit raya, tidur, duit raya bla bla bla..

Bila Aisya buat perbezaan tu, Aisya rasa Aisya lagi suka hari raya kot..? Sebab Aisya dapat pakai baju cantik-cantik dan Aisya dapat macam-macam.. hehehe.. Oh ya.. Aisya juga sekarang ni dah pandai senyum dan ketawa.. Hehe.. Ayah cakap malaikat yang usik-usik Aisya.. Bestnya..! :D

Selamat Hari Raya semua.. Maaf Zahir dan batin daripada Aisya dan keluarga!

Yang benar;
Nur Aisya Imani

4 comments:

Bonda said...

bonda memang suka sangat hari raya sebab bole makan sedap2,main bunga api, dengar bunyi meriam, kumpul adik beradik ramai2,pasang pelita..

tapi, raya tahun ni sangat2 bermakna sebab aisya dah lahir. zuriat yg bonda dan ayah tunggu2 selama ni. anugerah Allah swt yg tak ternilai..!! alhamdulillah.

Nur Aisya Imani said...

Sekarang ni baru Aisya faham bonda apa itu 'Hari Raya'... Aisya suka sangat hari raya..! Aisya sayang bonda dan ayah..!

syakirahmn said...

haha. kiutt

;)

Ejoi said...

Aisya dah mula belajar makan rendang ke?