Friday, March 19, 2010

Serangan Fungus Tak Berhati Perut


Assalamualaikum.

Maaflah, bonda aisya sibukla. Itu sebab dia tak selalu dapat update dalam blog ni. Selain sibuk kerja, sampai rumah kena layan aisya pulak. First thing bonda sampai, mestilah aisya nak susu bonda. Aisya kan baby? ;p

Alhamdulillah, aisya sihat dan membesar bagai johan. Berat badan sekarang? 7.9 kg. Cuma, baru-baru ni turun sikit. Sebabnya, aisya sakit. Habis gatal-gatal badan aisya. Doktor kata, aisya kena fungus infection. Jahatnya fungus tu, tak selesa dibuatnya. Aisya tak crancky, tak nangis pun, cuma takde mood je. Bonda kata, aisya diam je selain asyik nak berkepit dengan bonda. Senyum pun tak mau. 


tak suka.. tak suka.. tak suka..!!!


Semua orang dah naik pening. Ruam aisya tak kering-kering jugak. Sampai 4 klinik diangkutnya aisya. Pelbagai version doktor bagi. Tapi rata-ratanya, diorang kata fungus infectionla. Yang kata elergik pun ada. Yang nyata, makin bertambah ruamnya adala. Bonda kata, macam raksasa gerodot. Adeke?

Last sekali, nenda bawak pergi Klinik Pakar Kanak-kanak & Bayi. Doktor Tang bagi krim sapu. Memang ada satu dua yang kering tapi memandangkan bonda dah 'sakit mata' tengok keadaan aisya, dia cuba bagi ni.






Kington from Elken




Bonda bagi 1/4 air isotonik ni untuk aisya minum. Selebihnya, dia sapu pada ruam-ruam yang jahat tu sebelum aisya zzZZZZZzzz. Esoknya, bonda check badan aisya dah tak merah-merah lagi. Mengecut dan mengering ruam-ruam tu semua. Bila mandi, habis tertanggal mana yang kering. Alhamdulillah. Dan aisya dah fully recoved. Totally.

Sekarang, bonda dah senang hati.

Selamat tinggal kulit bermasalah!!

Sesapa ada problem lebih kurang aisya, google sendiri eh (ini bukan iklan). Banyaklah kebaikan lain selain untuk kulit. Sebab, bonda kata, sharing is caring. Mana yang boleh bawak kebaikan, pada orang lain, kita share info sama-sama ok. Yang penting, ada usaha nak cuba.

Lain kali kita jumpa lagi. 

Babai. 


xoxo,
Nur Aisya Imani
(by Bonda [bukan jurucakap mahupun pengedar elken ok])