Sunday, September 20, 2009

Hari Raya Tu Apa...?


Hari ni dah genap 30 hari bonda berpantang dekat rumah nenek kat Meru. Bonda dan ayah dah janji pada Aisya baki lagi sepuluh hari bonda berpantang tu, nak dihabiskan dekat rumah nenda pulak dekat Bayu Perdana. Yay..! Maksudnya lepas ni Aisya dah boleh keluar-keluar tengok dunia luar.. Hihihi... Awal pagi tadi pun ayah dah dukung Aisya bawak pergi tengok reban ayam, kandang kucing, tengok pokok dan ambil angin pagi kat luar.. Bestnya rasa..

Hari ni 1 Syawal 1430 hijrah bersamaan 20 September 2009. Bersamaan dengan tarikh ni, umur Aisya pun dah genap sebulan..

Hari ni Hari Raya..! Ayah dengan bonda cakap, Raya tahun ni best dan penuh bermakna buat diorang sebab katanya Raya tahun ni diorang ada Aisya.. Ish.. Aisya tak faham pun Raya tu apa..? Aisya tengok sama je dengan hari-hari yang lain. Apa yang Aisya tahu, bangun pagi je Aisya nak susu.. Bila dah kenyang, Aisya nak tidur.. Jadi apa bezanya..? Hihi..

Pagi tadi lepas ayah bersiap-siap dengan baju Melayu dia, dengan samping corak bunga tabur dan songkok tinggi dia, ayah bisik kat telinga Aisya.. Katanya; "Hari raya ini sebagai tanda kemenangan umat Islam selepas hampir 25 Rasulullah menegakkan syiar Islam kat Tanah Arab. Simboliknya, bila dah menang baru lah boleh sambut Raya.."


Aisya angguk-angguk je bila ayah bercerita (pura-pura faham, walaupun sebenarnya Aisya tak faham.. hehehe).. Lepas tu bila bonda pun dah bersiap, diorang pergi bersarapan sebelum ke masjid. Bonda tak pergi pun masjid sebab bonda masih dalam tempoh berpantang. Tak habis lagi. Jadi bonda yang tolong siap-siapkan Aisya. Bonda pakaikan Aisya dengan baju cantik. Polka dot.. Hehe.. Aisya rasa happy sangat..!

Selepas Aisya 'beraya' dengan nenek, Mak Eda, Mak Ati, Mak Ju, Mak Sariah dan suami mereka masing-masing, Aisya pun dah bersedia nak balik rumah nenda pulak. Ayah cakap dia nak ajak Aisya naik kereta dia. Dia cakap kereta dia dari jenis 'sports car'.. Aisya tak faham lagi.. Apa yang Aisya tahu bunyi dia vroom vroom je.. hehehe..

Sampai je kat rumah nenda menaiki vroom vroom ayah, Aisya disambut pula oleh nenda, tok wan, Pak Lang, Makcik dan Pakcik serta Mak Usu... Yang takde kat rumah masa tu Pak Ngah je. Pak Ngah kerja.. Dia kena baca berita Buletin Utama kat TV3..

Masa ni Aisya rasa dah letih sungguh. Tapi Aisya gembira.. Rasanya baru sekarang Aisya tahu apa bezanya Hari Raya dengan hari biasa..

Hari biasa = Susu, mandi, kiss, tidur, kiss, susu, tidur..
Hari Raya = Susu, mandi, kiss, duit raya, kiss, tidur, duit raya lagi, kiss lagi, susu, duit raya, tidur, duit raya bla bla bla..

Bila Aisya buat perbezaan tu, Aisya rasa Aisya lagi suka hari raya kot..? Sebab Aisya dapat pakai baju cantik-cantik dan Aisya dapat macam-macam.. hehehe.. Oh ya.. Aisya juga sekarang ni dah pandai senyum dan ketawa.. Hehe.. Ayah cakap malaikat yang usik-usik Aisya.. Bestnya..! :D

Selamat Hari Raya semua.. Maaf Zahir dan batin daripada Aisya dan keluarga!

Yang benar;
Nur Aisya Imani

Thursday, September 17, 2009

Aisya Meragam..


Dah dua malam Aisya tak boleh tidur nyenyak! Dah dua malam Aisya meragam tak nak tidur walaupun bonda dan nenek dah dodoikan Aisya secukupnya.. Bonda dodoikan Aisya dengan zikir-zikir Allah dan nenek dodoikan Aisya dengan bacaan ayat-ayat al-Quran, tapi tetap Aisya tak nak tidur. Sampai pening dan kelam kabut bonda dan nenek Aisya kerjakan diorang.. huhu.. Maafkan Aisya ye bonda dan nenek.. Sebenarnya bukan Aisya tak nak tidur... Aisya tak boleh tidur..

Aisya rindu kat ayah..!

Dah seminggu lebih Aisya tak jumpa ayah. Sejak Aisya ikut bonda berpantang kat rumah nenek ni, baru beberapa kali je ayah balik sini. Aisya tahu yang ayah sibuk.. Aisya tahu yang ayah kena kerja kat KL dan tak larat nak ulang alik dari rumah nenek kat Meru ni setiap hari. Aisya tahu yang ayah bekerja keras ni untuk diri Aisya, bonda dan keluarga kita juga. Tapi... Aisya rindu!!

Aisya rindu nak dengar suara ayah. Aisya rindu nak tgk muka ayah.. Nak dengar ayah mengaji kat telinga Aisya. Nak rasa ayah belai-belai rambut Aisya. Nak rasa ciuman ayah kat pipi, dahi Aisya... Aisya rindu ayah sangat-sangat! Tapi semalam ayah telefon bonda. Dia kata dia nak balik sini malam nanti.. Yay..!

Jadi sehingga sebelum ayah balik sini, Aisya nak meragam cukup-cukup. Nak menangis kuat-kuat..! Hihihihi...

Wasalam semua..! :D

Yang Benar;
Nur Aisya Imani

Thursday, September 10, 2009

Hello Dunia... Nama Saya Nur Aisya Imani


Assalammualaikum semua...

Pertama sekali Aisya nak ucapkan terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog Aisya ni. Ayah dengan bonda bersungguh-sungguh benar nak suruh Aisya buat blog.. Apa la diorang ni? Aisya bukan reti nak menulis dan membaca lagi pun.. Jauh lagi la kalau nak suruh menaip. Aisya ni baru je umur 2 minggu lebih.. Aisya lahir masa petang 1 Ramadhan tahun 1430 hijrah bersamaan dengan hari Jumaat 21 Ogos 2009 pukul 1.50 tengah hari dengan berat 3.78kg.. Haa.. Waktu orang tengah sembahyang Jumaat tu.. Jadi sementara Aisya masih baby lagi ni, ayah dan bonda yang akan ambil tugas untuk menulis ye.. hihihi..

Tujuan Aisya menulis blog ni pun bukannya sebab apa, ayah cakap, dia nak blog ni jadi tatapan Aisya bila Aisya dah besar nanti (kira macam journal / dairy Aisya la).. Satu lagi sebab wujudnya blog Aisya ni ialah untuk Tok Wan, Nenda dan Nenek yang jauh duduk kat Klang tu... Kesian kat diorang tau.. Sebab diorang selalu rindu kat Aisya.. Sekurang-kurangnmya, kalau ada blog ni, bila diorang baca, boleh la hilang sikit rindu diorang pada Aisya.. Aisya pun boleh belajar berkomunikasi kan..? hehehe..


Dalam blog ni juga, Aisya akan sertakan gambar-gambar Aisya dari masa ke semasa yang ayah snap dengan kamera besar dia tu. Susah betul nak kena jadi model ayah sendiri ni kan..? Tapi nak buat macam mana, dah ayah Aisya seorang fotografer.. Gambar tangan Aisya pegang jari bonda kat atas tu pun ayah yang snap.. Haihh...

Apa-apa, pun semua nanti rajin-rajin la melawat blog Aisya ni ye. Jadi follower blog Aisya ke, link kan ke blog Aisya ni ke. Ok semua.. Nanti Aisya update lagi.. Bye..!

* Oppss.. Ayah marah.. Kena cakap 'wasalam' la.. hihihi

Yang Benar;
Nur Aisya Imani